Sebagai pengguna internet yang ingin melakukan pemasaran secara online dan membina empayar perniagaan maya, perkara utama yang perlu dilakukan adalah kita perlu mempunyai tapak dan identiti yang boleh orang ramai lihat.
Tapak / Identiti yang dimaksudkan adalah merujuk kepada “website”.
Dengan memiliki website sendiri, kita berkebolehan untuk menarik lebih pelanggan untuk berurusan dengan perniagaan yang kita jalankan kerana mereka akan berasa lebih yakin apabila dapat melihat website perniagaan yang dibangunkan.
Untuk membangunkan website pula, kita perlu memastikan website tersebut mudah untuk diuruskan, senang untuk dikemaskini dan sentiasa “up-to-date”.
Dan untuk kemaskini agar website “up to date” kita mestilah mahir tentang selok beloknya. Tanpa asas yang kukuh kita tidak akan mampu untuk mengejar perkembangan semasa.
Jangan mulakan sebarang bisnes internet tanpa asas yang penting ini
Filed under: laman web, kemaskini laman web, kemaskini website